BUKIT KATIL, 28 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mesti bertanggungjawab dan digesa meletakkan jawatan kerana gagal menjaga kepentingan orang Melayu. "Najib mesti letak jawatan kerana gagal memastikan saham Bumiputera dipertahankan. Bukannya hendak menambah saham orang Melayu dan Bumiputera malah yang ada pun lesap,” kata Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab.
Katanya, seorang Perdana Menteri mesti bertanggungjawab sepenuhnya dengan kehilangan kepentingan Bumiputera itu.
Baru-baru ini, Najib mengakui saham Bumiputera RM52 bilion telah hangus dan lesap, yang tinggal cuma RM2 bilion daripada jumlah asal RM54 bilion yang diperuntukkan untuk syarikat Bumiputera.
Yusof yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukitt Katil hairan bagaimana sebuah kerajaan yang dikatakan sentiasa mendahulukan rakyat termasuk bumiputera sanggup menggadai saham Bumiputera dan memberinya kepada pihak lain dan kroni.
"Kita menggesa Najib membuat laporan terperinci tentang kehilangan saham ini dan pada masa yang sama mesti membuat laporan kepada SPRM jika terdapat salah laku dan penyelewengan kuasa sehingga berlakunya perkara yang memalukan ini.
"Mungkinkah kroni dan rakan-rakan yang rapat dengan pihak tertentu yang mendapat keuntungan dari lesapnya saham ini?" soalnya.
Katanya, pengakuan Najib bahawa saham Melayu lesap sebagaimana disiarkan akhbar Harakah terbaru edisi cetak Bil 1626 edisi tidak cukup untuk mengubati kegagalannya dalam isu itu.
"Beliau mesti meletakkan jawatan dan seterusnya disiasat kerana perkara ini adalah serius melibatkan kepentingan Bumiputera.
"Dahlah saham orang Melayu sedikit, yang ada pun lesap entah ke mana," kata Yusof dengan kesal.
Menurutnya, rakyat berhak mengetahui ke mana saham itu dijual dan siapa yang bertanggungjawab menjalankan kerja yang menggadaikan maruah dan kepentingan orang Melayu.
Sunday, 27 March 2011
Polis ‘kepung’ rumah Azmin
Bagaimanapun, Azmin tiada di rumah kerana menghadiri satu mesyuarat parti. Hal ini disahkan pembantu kepada Azmin, Juwairiya Zulkifli kepada KeadilanDaily. Difahamkan, kehadiran pihak berkuasa itu bertujuan menyerahkan arahan supaya Azmin untuk memberi keterangan kepada polis mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah, kepada Ahli Parlimen Gombak itu.
Kehadiran polis itu dipercayai berkaitan ceramah pelancaran Kempen Tolak Fitnah II dan DNA: ‘Datuk Najib-Altantuya’ yang dihadiri ribuan penyokong Pakatan Rakyat di kawasan milik persendirian di Taman Melawati, semalam. Dalam pada itu, beberapa paparan di laman facebook menyatakan polis mengepung rumah Azmin tetapi kesahihan maklumat itu belum dapat dipastikan.
Dalam ceramah di Taman Melawati itu, kekecohan berlaku apabila polis mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim turun dari pentas ceramah hingga menimbulkan kemarahan rakyat. /KeadilanDaily
RAHIM TAMBI MEMBANTU KITA
DUA WIRA MELAYU HARAPAN KITA

nota:
wira wira melayu ini
adalah pemangkin kesedaran orang ramai
mereka mungkin merogol
tapi yakin lah:
rogolan mereka
untuk kesedaran kita semua
tanpa wira wira melayu
susah juga nak sedarkan
mak cik dan pak cik
susah nak buat propaganda
sekarang amat senang
katakan ada menteri rogol amah!
katakan ada menteri rogol budak!
dengan sekelip mata mak cik dan pak cik
tahu siapa yang kita maksudkan
kah kah kah
PKR: SOI LEK, RAHIM PERLU LETAK JAWATAN JANGAN HANYA CABAR ANWAR – minisder
Naib Presiden PKR Chua Tian Chang mencabar Chua Soi Lek dan Abdul Rahim Thamby Chik supaya meletakkan jawatan yang dipegang sekarang jika benar-benar mahu menunjukkan teladan baik kepada pimpinan muda dan rakyat negara ini.
Kata Chua, kedua-dua pemimpin itu perlu berbuat tanpa hanya mencabar Ketua Umum Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim berhubung pendedahan rakaman video seks Isnin lalu.
“Kalau benar individu-individu ini mahu bersyarah mengenai moral, maka mereka perlu menunjukkan teladan baik kepada pimpinan muda dan rakyat Malaysia,” kata Ahli Parlimen Batu ini dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
NOTA:
tak setuju tuntut letak jawatan
biarkan mereka terus dengan jawatan
kalau orang jahat letak jawatan rakyat akan tertipu
orang ramai akan merasa lega bahawa orang jahat telah pergi
ini samalah macam madey letak jawatan dulu
rakyat lega
hasilnya : mat zzzzz dapat durian runtuh
rakyat terpaksa menungggu 4 tahun lagi untuk
melihat bahawa mat zzz dan firaun tak ada beza
jadi dasar tuntut letak jawatan ini tak tepat
dari segi strateji berjangka panjang
tuntutan letak jawtatajn adalah strateji salah
orang ramai telah kenal dengan rahim
orang ramai telah kenal dengan mat mongol
orang ramai telah kenal dengan taib mahmud
biarkan mereka terus berkuasa
kejahatan mereka membantu kita
belajar dari pengalaman
belajar dari sejarah
rakyat filipina bersepadu menentang marcos
rakyat indon bersepadu menentang suharto
tahun 1998 kita semua bersepadu menentang mahafirauan
biarkankan rahim berkuasa
biarkan najib berkuasa
biarkan malikul berkuasa
mereka akan terus buat angkara
rakyat akan melihat
rakyat akan menilai
akhirnya orang ramai dan ramai orang akan sedar
orang jahat jahat ini adalah guru politik yang terbaik
mereka lah yang menaikkan kesedaran rakyat
bayangkan kalau madey tidak buang anwar
kita semua masih bermimpi dengan ketuanan melayu
taib mahmud terus memerintah
lebih senang untuk propaganda
bik mama rebut harta
lebih senang kita didik rakyat]
mat mongol buat fitnah
lagi ramai rakyat sedar
biarkan
biarkan!!!!
kenyataan penuh:
CHUA SOI LEK TIDAK LAYAK BERCAKAP SOAL MORAL
Saya merujuk kepada laporan akhbar The Star yang memetik kenyataan Chua Soi Lek mengenai skandal seks video yang didalangi oleh tokoh-tokoh UMNO. Akhbar milik MCA itu memetik seruan Chua Soi Lek supaya Anwar Ibrahim membuktikan bahawa beliau (Dato’ Seri Anwar) bukanlah si pelaku di dalam video.
Saya pasti rakyat Malaysia turut sama berkongsi rasa mual apabila seorang ahli politik yang mempunyai rekod kurang moral yang diketahui umum cuba membuat komen mengenai moral dan integriti. Seluruh rakyat Malaysia arif tentang skandal seks yang melibatkan Chua Soi Lek dan dia sendiri mengakui bahawa dia menjalinkan hubungan seks di luar perkahwinan dengan seorang wanita dan dirakam melakukannya.
Perancangan UMNO untuk memfitnah Anwar Ibrahim melalui video seks terbaru semakin ditolak rakyat apabila individu-individu yang telah dibuktikan terbabit dalam skandal seks sebelum ini tampil untuk menjadi juara moral dan integriti.
Rabu lalu ramai rakyat Malaysia terketawa apabila Rahim Thamby Chik yang terpaksa meletakkan jawatan politik kerana terbabit dalam kes rogol kanak-kanak bawah umur muncul kononnya untuk memastikan bakal pemimpin negara mempunyai moral. Semalam, seorang lagi ahli politik Barisan Nasional iaitu Chua Soi Lek mula berani bercakap mengenai moral walaupun rekodnya penuh kotor dengan skandal seks.
Hakikatnya, individu-individu ini tidak layak untuk bercakap mengenai moral dan integriti. Mereka juga tidak wajar dibenarkan menukar prinsip keadilan bahawa yang menuduh perlu membawa bukti dan seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya. Kenyataan Chua Soi Lek semalam secara jelas ingin meletakkan beban bukti kepada Anwar Ibrahim, sedangkan kumpulan yang menuduh beliau mempunyai rekod yang buruk di dalam politik.
Kalau benar individu-individu ini mahu bersyarah mengenai moral, maka mereka perlu menunjukkan teladan yang baik kepada pimpinan muda dan rakyat Malaysia.
Oleh itu, saya mengulangi desakan yang telah dibuat oleh rakan-rakan saya supaya:
1. Chua Soi Lek meletakkan semua jawatan politik dan bersara terus sebagai tanda dia insaf selepas skandal seksnya tersebar luas; dan
2. Rahim Thamby Chik meletakkan semua jawatan dalam kerajaan terutamanya sebagai Pengerusi Risda kerana penglibatannya dengan kes rogol kanak-kanak bawah umur masih kekal dalam ingatan rakyat sehingga kini.
Jika Chua Soi Lek tidak sanggup menunjukkan teladan yang baik, dia tidak wajar campur tangan dalam skandal video seks yang didalangi UMNO ini kerana rekod moralnya sangat memualkan.
CHUA TIAN CHANG
NAIB PRESIDEN KEADILAN
AHLI PARLIMEN BATU
26 MAC 2011

BELUM CUBA BELUM TAHU
Pakatan Rakyat dengan kepimpinan DSAI akan jadi lebih bagus dari BN.
PKR Tidak Boleh Menjadi Teras Kepada Pakatan Pembangkang : Daim
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak boleh menjadi teras kepada pakatan pembangkang kerana parti itu hidup kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan untuk Anwar.
Katanya bukan saja pakatan pembangkang tidak mempunyai asas politik yang kukuh, dalam PKR pun yang mana Anwar adalah penasihatnya, terus bergelumang dengan masalah.
"Bolehkah PKR menjadi teras kepada kumpulan ini dan bolehkah pakatan begini meyakinkan rakyat yang ia boleh menjamin masa depan bangsa dan negara lebih baik daripada Umno dan BN (Barisan Nasional) yang sudah membina negara seadanya selama lebih 50 tahun? tanyanya dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia.
PKR Tidak Boleh Menjadi Teras Kepada Pakatan Pembangkang : Daim

Katanya bukan saja pakatan pembangkang tidak mempunyai asas politik yang kukuh, dalam PKR pun yang mana Anwar adalah penasihatnya, terus bergelumang dengan masalah.
"Bolehkah PKR menjadi teras kepada kumpulan ini dan bolehkah pakatan begini meyakinkan rakyat yang ia boleh menjamin masa depan bangsa dan negara lebih baik daripada Umno dan BN (Barisan Nasional) yang sudah membina negara seadanya selama lebih 50 tahun? tanyanya dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia.
Politik fitnah
PARIT BUNTAR, 26 Mac: Kerajaan Umno BN didakwa semakin hilang pertimbangan apabila lebih mementingkan politik fitnah berbanding fokus menyelesaikan permasalahan rakyat.
Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim berkata, perkara itu dapat dilihat dengan perkembangan terkini politik tanah air, apabila isu video seks pula ditimbulkan bagi memburukkan Pakatan Rakyat.
"Nampaknya pemimpin BN menghabiskan masa dan tenaga untuk burukkan pimpinan Pakatan Rakyat yang amat jelas ia sengaja direka dengan niat jahat mereka,"tegasnya.
Perkara itu katanya bukan sahaja memalukan, tetapi juga cuba menolak nilai Islam yang mengharamkan fitnah terhadap seseorang.
Tambahnya, kerajaan seharusnya memberi fokus kepada menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat dan bukan sibuk merancang bagaimana untuk memburukkan musuh politik mereka.
“Perkembangan terkini politik tanah air menyaksikan BN sudah hilang pertimbangan untuk memikirkan sesuatu yang lebih penting untuk rakyat" katanya
"Sepatutnya mereka mesti menggunakan segala sumber dan masa yang ada untuk memikirkan dasar-dasar yang mesra rakyat dalam segenap aspek dan keperluan" jelasnya yang juga Adun Titi Serong.
Sehubungan itu, beliau mahu rakyat menilai sikap pemimpin BN dan berubah dengan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat bagi menghentikan segala kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan sekian lama oleh pemimpin BN dengan segera.
“Rakyat perlu menyokong gerakan kebangkitan bagi menyingkir kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan sekian lama oleh pemimpin BN pada PRU akan datan," tegasnya.

Rahim Thamby Chik Adalah "Hipokrit
SHAH ALAM 27 MAC : Tan Sri Rahim Thamby Chik tidak perlu menafikan dendam beliau terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghalalkan tindakannya mendalangi fitnah video lucah untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang itu.
Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli berkata Rahim tidak dapat memendam perletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994 apabila terpaksa mendedahkan penglibatannya dalam video lucah itu Isnin lalu.
"Dia kalau tak berdendam, tak adalah ulang balik macam mana Anwar menyebabkan dia kena letak jawatan, kononnya Anwar berbohong Mahathir lindungi dia tapi Anwar yang suruh dia letak jawatan. Dia cakap.
"Hari ni dia cakap tak dendam dengan Anwar, pendapat saya sudah jelas, orang yang sedang marah,jelaslah menyebabkan dendam terhadap Anwar. Orang juga sudah tahu dia jadi dalang kepada video tu sebab dendam kepada Anwar,"kata Rafizi lagi.
Malah menurut Rafizi, Rahim hanya membuang masa untuk mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai perasaan dendam terhadap Anwar memandangkan rakyat sedia maklum akan karektor bekas Ketua Pemuda Umno itu.
"Rahim Thamby Chik, dia nak cakap apa cakaplah tapi rasanya untuk rakyat Malaysia termasuklah orang yang tak pernah kenal beliau, bila dia mula korek balik dan faham balik siapa Rahim ni, tak ada orang akan percaya cakap dia,"kata Rafizi ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.
Setelah dicemuh oleh pelbagai lapisan rakyat, Rahim hari ini menggunakan akhbar Mingguan Malaysia untuk mendakwa beliau didorong oleh semangat patriotik dan
bukannya dendam dalam mendedahkan video lucah itu.
Rahim mendakwa video itu menujukkan Anwar mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur namun dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat yang dijemput beliau untuk menyaksikan rakaman itu yakin orang dalam rakaman hitam putih itu bukan Anwar.
Sementara itu, MPP PKR, Faris Musa, berkata Umno menggunakan Rahim sebagai ayam tambatan untuk menjatuhkan Anwar menerusi fitnah seks.
“Tidak ada alasan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur. Secara jelasnya bahawa video itu merupakan video yang palsu dan berdasarkan kepada orang yang pernah melihat dan menyaksikan video itu terutama sekali Datuk Johari Abdul orang yang pertama melihat video yang ditayangkan oleh beliau dan Datuk Eskay dengan Datuk Shuib tu menyatakan dengan cukup jelas bahawa ianya bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

5,000 saksi Anwar diheret polis dari pentas ceramah, 2 ditahan
KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 rakyat pelbagai lapisan kaum hadir program pelancaran Kempen Tolak kes Fitnah II anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati di sini, malam ini.
Seperti kelaziman, program anjuran KEADILAN itu dihalang polis hingga menyebabkan majlis yang dijadual bermula jam 9 malam ditangguh kira-kira sejam.
Polis dikatakan hanya membenarkan sesi ucapan selama 30 minit sahaja, menyebabkan pegawai kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali terpaksa berunding dengan polis Ampang.
Kemunculan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program itu tambah menggamatkan hadirin.
Bagaimanapun, polis hanya membenarkan Anwar memberi ucapan selama 15 minit sahaja, malah mematikan pembesar suara dan mengheret Ketua Umum KEADILAN itu turun dari pentas, hingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Ketika itu, orang ramai termasuk anggota AMK cuba menghalang polis dari menghampiri Anwar dengan menutup laluan ke pentas hingga memaksa polis menggunakan perisai dan merempuh mereka.
Pada jam 11.30 malam, polis menyerbu ke arah orang ramai hingga menimbulkan kekecohan sedangkan program itu, asalnya berlangsung aman.
Suasana terus kecoh dan dua orang ditahan polis iaitu Mazlan Mohamad Raos yang disumbat ke lokap balai polis Hulu Klang manakala seorang lagi, Helmy Eizal – seorang ahli AMK Gombak bermalam di lokap balai polis Ampang.
Dalam pada itu, seorang wartawan Free Malaysia Today, Fazy Sahir cedera ringan terkena lontaran kerusi dalam suasana kecoh itu.
Kempen itu dinamakan sebagai ‘DNA’ atau ‘Datuk Najib-Altantuya’ bertujuan mengupas perkembangan terkini kes yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan fitnah terbaru mengenai rakaman video seks yang didalangi Umno melalui ‘Datuk T’.
Turut hadir dalam ceramah ialah Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib.
Saturday, 26 March 2011
Video seks: Polis tahan dua lelaki, rampas bukti
Dua lelaki telah ditahan polis berhubung siasatan video seks yang dikatakan membabitkan seorang lelaki yang mirip seorang ahli politik terkenal mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita.
The Star Onlinemelaporkan difahamkan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah ditahan polis tetapi kini dibebaskan dengan jaminan polis.
Portal berita itu yang memetik setiausaha PDRM, Bukit Aman, Datuk Ghazali Md Amin berkata beberapa barangan yang mungkin boleh digunakan sebagai bukti juga dirampas daripada kedua-dua mereka.
Katanya, seorang daripada mereka juga memaklumkan kepada polis, lokasi di mana video seks itu dirakamkan dan pihak polis telah menghantar pasukan forensik bagi menyiasat lokasi tersebut.
Ghazali juga berkata kedua-dua lelaki berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu siasatan. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan indentiti kedua-dua lelaki tersebut.
Beliau juga dalam satu kenyataan media semalam berkata polis telah mengklasifikasikan siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
"Sehingga hari ini, polis telah merakam percakapan saksi-saksi tertentu yang dipercayai mengetahui atau terlibat dalam siasatan ini. Pihak polis akan meneruskan siasatan berprinsipkan profesionalisme sebagai agensiyang berwibawa," petik kenyataan itu.
http://www.malaysiakini.com/news/159654

Keluarga Mat Kilau...
Salam
Pahlawan Melayu Pahang yang dikenali sebagai Mat Kilau atau nama sebenarnya Muhammad bin Imam Rasu.Ikutilah nukilan ceritanya oleh Sangtawal Sakranta.
Tentunya ramai yang sudah melupai diri pendekar sufi negeri Pahang yang terbilang ini, iaitu Mat Kilau atau nama sebenarnya iaitu Muhammad bin Imam Rasu.Dilahirkan pada tahun 1847.Beliau berjuang menentang penjajahan Inggeris di Negeri Pahang bersama ayahnya iaitu Imam Rasu atau digelar Tok Gajah atau Orang Kaya Imam Indera Gajah Pahang dan gurunya Datuk Bahaman Orang Kaya Semantan.
Mat Kilau dilahirkan di Pulau Tawar.Sejak dari kecil lagi beliau diajar ilmu agama dan silat oleh ayahnya sendiri Tok Gajah yang merupakan Pahlawan Pahang yang terbilang dan menjadi kesayangan Sultan Ahmad.Beliau juga dihantar oleh ayahnya untuk belajar mengaji dan ilmu agama kepada seorang alim bernama Daud.Selepas itu beliau dihantar lagi menuntut ilmu agama dan kebatinan dengan Haji Osman atau dikenali sebagai Haji Muntuk iaitu Mufti negeri Pahang yang berasal dari Kelantan .
Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman memulakan pemberontakan mereka menentang penjajah sekitar tahun 1891 hingga 1895.Mat Kilau dilahirkan di Pulau Tawar.Sejak dari kecil lagi beliau diajar ilmu agama dan silat oleh ayahnya sendiri Tok Gajah yang merupakan Pahlawan Pahang yang terbilang dan menjadi kesayangan Sultan Ahmad.Beliau juga dihantar oleh ayahnya untuk belajar mengaji dan ilmu agama kepada seorang alim bernama Daud.Selepas itu beliau dihantar lagi menuntut ilmu agama dan kebatinan dengan Haji Osman atau dikenali sebagai Haji Muntuk iaitu Mufti negeri Pahang yang berasal dari Kelantan .
Sebelum kelahirannya, ibunya telah mendapat mimpi langit telah mengeluarkan cahaya berkilau-kilauan.Mimpi tersebut diceritakan kepada Mak Utih iaitu seorang bidan kampung .Mak Utih menasihatkan supaya ibunya Teh Mahada supaya jangan bimbang kerana mengikut tafsirannya mimpi itu membawa berita gembira dan anak yang bakal dilahirkan nanti akan menjadi seorang yang hebat dan terkenal.Mat Kilau dilahirkan pada waktu subuh lalu diazankan oleh ayahnya sendiri Imam Rasu yang juga merupakan Imam Masjid Pulau Tawar Itu.Selepas itu Mat Kilau terus dibelah mulutnya dengan garam , madu dan air zam zam.
Sejak kecil lagi Mat Kilau mempunyai beberapa tanda ganjil di badannya.Bulu roma dibelakangnya berpusar ke arah kiri dan bulu roma di dadanya berpusar ke kanan.Tangan kanan dan kirinya sama kuat begitu juga kaki kanan dan kirinya. Ada tahi lalat besar di pipi kanannya dan satu lagi tahi lalat panjang di bahunya. Dicelah jari kelenkeng kirinya ada buntat embun. Bila umurnya meningkat 7 tahun dia sudah tidak meninggalkan sembahyang fardu dan berpuasa.Bila dia bermain atau bergaduh , pasti dia akan menjadi pemenangnya. Pernah pada suatu hari Tok Gajah memberitahu Mat kilau yang Pahlawan Hang Tuah juga mempunyai buntat embun di celah jari kelenkeng kiri!
Genap umurnya 10 tahun , Mat Kilau sudah cekap bersilat dan bermain senjata.Imam Rasu menetapkan syarat hanya selepas berkahwin barulah diajar ilmu kebatinan silat dan biasanya mereka yang ingin mengamalkan ilmu kebatinan pahlawan melayu ini perlu bertapa di Gua Kota Gelanggi.Menurut ayah Mat Kilau, Tok Gajah, orang pertama yang datang bertapa di Gua itu ialah kawan kepada moyang mereka yang bernama Malim Yunus.
Tahun 1857, adalah tahun permulaan kepada sengketa atau perang saudara di Pahang setelah Bendahara Tun Ali yang memerintah negeri Pahang mangkat.Perebutan kuasa terjadi antara Tun Mutahir dan Tun Ahmad yang merupakan anak Bendahara Tun Ali dari ibu yang berlainan walaupun sebelum mangkat tugas untuk menggantikannya telah diwasiatkan dihadapan Tok Gajah kepada Tun Ahmad. Tun Mutahir iaitu kakanda kepada Tun Ahmad telah membatalkan surat wasiat ayahandanya dan melantik dirinya sebagai Bendahara atau pemerintah Pahang dengan gelaran Bendahara Seri Maharaja Pahang..Ini menimbulkan kemarahan adiknya Tun Ahmad.Perbalahan adik beradik merebut kuasa inilah sebenarnya punca atau titik bermulanya campur tangan Inggeris di Pahang.Tun Ahmad mendapat sokongan dari Sultan Trengganu dan Raja siam manakala Tun Mutahir mendapat sokongan Inggeris dan Johor.Pada akhir tahun 1857 Tun Ahmad dengan bantuan Tok Gajah berjaya merampas kuasa dari Tun Mutahir.
Ketika belajar dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau diajar juga ilmu untuk menundukkan Gajah dan harimau.ketika remaja Mat Kilau mempunyai 4 orang sahabat baik seperguruannya iaitu Mat kelubi, Mat Tahir, Mat Ali dan Mat Awang.
Selepas Mat Kilau berkahwin dengan Yang Chik anak imam Daud barulah ayahnya Imam Rasu mengajarkan ilmu kebatinan pahlawan melayu kepadanya!Selepas itu dia dihantar oleh ayahnya menuntut ilmu silat dengan Pendekar Arif pula sehingga selepas itu dikatakan Mat kilau semakin mahir menggunakan segala jenis senjata dan mampu ghaib pula!Ada cerita yang mengatakan bahawa Pendekar Arif mampu mengelak tikaman orang walaupun badannya digulung dengan tikar!
Mat kilau pertama kali terjun ke medan perang pada tahun 1868 dalam Perang Saga iaitu melawan angkatan Tun Mutahir yang dibantu oleh Temenggung Johor.Pihak Mat Kilau dan ayahnya Tok gajah menang dengan cemerlang.Oleh kerana khidmatnya yang cemerlang itu, Mat Kilau dilantik oleh Sultan Ahmad menjadi Orang kaya Budu.
Kedatangan beliau ke Budu menjadikan seorang pendekar di Budu yang bergelar Andak sakit hati.Secara diam-diam dia ingin menguji kehebatan ilmu persilatan Mat Kilau.Pada suatu hari, seperti biasa selepas subuh Mat Kilau masuk kedalam belukar di belakang rumahnya untuk mandi embun, yang sudah menjadi amalan diri hariannya sejak bergelar seorang pahlawan.Andak secara tiba-tiba melemparkan sebilah lembing kearah belakang Mat Kilau dari tempat persembunyiannya, namun dia sangat terkejut kerana mata lembingnya yang tajam itu, yang mampu menumbangkan beberapa ekor kijang sebelum itu tidak mampu menembusi kulit Mat Kilau.Mat Kilau menoleh kearah Andak lalu berkata : “Bukan pahlawan melayu namanya jika menikam orang dari belakang”
Lalu diajaknya Andak berlawan dengannya sekadar latihan silat saja lalu disambut oleh Andak.Hanya dengan sekelip mata saja dan mudah Mat kilau dapat menjatuhkan Andak.Selepas itu Andak mengaku kalah lalu terus menjadi sahabat yang setia kepada Mat Kilau pula.
Wan Da dan Wan Aman , anak kepada Tun Mutahir telah membantu Raja Mahadi mengalahkan Tengku Kudin di Selangor, jadi sebagai balasannya Wan Da mendesak supaya Raja Mahadi membantunya pula menyerang dan merampas kuasa di pahang pula.Serangan kali kedua dapat dipatahkan dengan jayanya oleh pahlawan Pahang termasuk Mat Kilau, Imam Rasu dan Datuk Bahaman.Kekalahan puak Raja Mahadi juga amat memalukan mereka , lalu Raja mahadi pun memutuskan untuk tidak lagimenyebelahi Wan Da. Wan Da dan Wan Aman mat marah lalu berpaling tadah menyebelahi Tengku Kudin pula untuk mengalahkan Raja Mahadi! Wan Da diutus oleh Tengku Kudin ke Pahang sebagai tanda persahabatan dan meminta Bendahara Ahmad membantu mereka menentang Raja Mahadi di Kelang.
Bendahara Ahmad bersetuju menghantar tenteranya termasuk pahlawan Pahang seperti Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman menyertai pasukan Tengku Kudin dengan alas an Raja Mahadi pernah melanggar Pahang dan Tengku Kudin juga sanggup menghadiahkan sedikit wang sebagai balasannya! Perang berlaku dan sekali lagi pahlawan pahang berjaya membantu Tengku Kudin mengalahkan Raja Mahadi.Hubungan baik antara Tengku Kudin dengan Bendahara Ahmad menimbulkan rasa tidak senang hati pihak Inggeris lalu mereka mengambil kesempatan untuk bertapak di Pahang pula setelah mereka berjaya bertapak di Perak ,Selangor,Singapura, Negeri Sembilan, Melaka dan pulau Pinang dengan menghantar wakil Inggeris atau seorang Residen .
Oleh kerana Pahang telah campur tangan dalam hal ehwal negeri Selangor, maka Gabenor Inggeris di Singapura meminta Bendahara Ahmad bersetuju menerima kunjungan wakil Inggeris kononnya untuk melawat dan menjalinkan persahabatan dengan Pahang pula.Taktik Inggeris mula menjadi setelah Bendahara Ahmad bersetuju walaupun hasrat Inggeris itu mula dicurigai oleh beberapa pahlawan Pahang seperti Datuk Bahaman dan Mat Kilau.
Kehadiran Gabenor negeri-negeri selat Sir Andrew Clarke ke Pahang bersama 4 buah kapal yang dilengkapi meriam dan senjata perang dan beratus-ratus askar Inggeris yang siap memegang senapang disaksikan oleh seluruh rakyat Pahang ditebing sungai Pahang.Mereka disambut oleh Bendahara Ahmad yang sudah termakan umpan Inggeris dengan kenduri dan seekor kerbau ditumbangkan!
Kedatangan mereka ini membuatkan hati pahlawan pahang terutamanya Mat Kilau mendidih dan membuak-buak.Ditambah dengan muncung meriam yang sengaja dihalakan kedepan, nampak sangat mereka sengaja hendak menunjuk-nunjuk!
Kata Mat Kilau kepada Bendahara Ahmad : “ Datuk Bendahara, Alangkah baiknya sekiranya kedatangan tuan gabenor ini kita sambut dengan tembakan meriam rentaka sebanyak tujuh kali sebagai tanda penghormatan” . “Kita terlupa pula untuk berbuat begitu” kata Bendahara Ahmad sambil tersenyum seolah-olah faham maksud tersirat Mat Kilau itu.
Gabenor Inggeris itu amat terkejut lalu bertanya “ adakah kamu sudah mempunyai meriam seperti kami?” tanyanya dengan penuh kehairanan!
“Orang Pahang sudah ada meriam sejak zaman kesultanan melayu melaka lagi, tetapi ketika Melaka di serang Portugis, kami tidak sempat menolong Melaka” jawab Mat Kilau bangga. “bolehkah kami melihatnya” kata Gabenor itu lagi. “Tidak boleh, kita menyimpannya di tempat yang selamat, hanya sewaktu perang saja kita akan mengeluarkannya” kata Mat kilau lagi.
Kepulangan Gabenor Sir Andrew Clarke ke England digantikan pula oleh Gabenor yang baru iaitu Sir William Jervois. Gabenor yang baru ini telah membaca semua laporan tentang negeri Pahang lalu menghantar seorang pegawai penyelidiknya yang bernama William Cameron ke pahang kononnya untuk menyelidik dan melihat keindahan alam! Padahal ingin mengkaji dan menyelidik dimanakah terdapatnya bijih dan emas yang banyak kerana Pahang memang terkenal kaya dengan hasil bijih dan emasnya, lagipun Pahang sebuah negeri terbesar di Semenanjung Malaysia.
Pada pendapat saya, persetujuan Bendahara Ahmad inilah yang menjadi penyebab berlakunya malapetaka dan bencana di pahang serta pencetus kepada kebangkitan semangat penentangan penjajah oleh Pahlawan pahang seperti Mat Kilau , Tok Gajah dan Datuk Bahaman.
Nantikan siri berikutnya kisah Pahlawan sufi yang hebat ini dalam artikel saya yang akan datang!
……………
……………Sebagai ringkasannya …… saya sertakan sedikit isi artikel yang akan datang! ( kalau saya rajin ler!!!)
*Bermulanya era penjajahan Inggeris di Pahang….
*Mat Kilau ditembak …. Tetapi peluru biasa tidak mampu menembusi kulitnya…. Hanya peluru emas sahaja yang boleh merobek sedikit kulitnya tetapi tidak pada daging dan tulangnya!
*Hugh Clifford, Residen Inggeris di Pahang juga Kebal dari segala macam senjata tajam dan tidak lut peluru! Pernah belajar ilmu kebatinan di Siam! Beliau amat berdendam dan memusuhi Mat Kilau.
*Mat Kilau boleh ghaib dalam sekelip mata… ada orang kata, kebolehannya itu berkait rapat dengan amalan beliau yang amat meminati dan istiqamah mengamalkan zikir Ya Latif
*Bendahara Ahmad masuk dalam perangkap Inggeris … menjadi raja boneka Pahang.
*Mat Kilau diisytiharkan penderhaka dan pemberontak, hadiah wang ditawarkan untuk menangkapnya.
*Mat Kilau mengalahkan Panglima terhebat dari Perak Datuk Awang Kelana yang dipinjamkan oleh Hugh Clifford untuk mengalahkan Mat Kilau.
*Pernah menetap di Kg Penar Patani, semasa pelariannya dengan nama Mat Siam. Hugh Clifford meminta Raja Siam mengarahkan Sultan Kelantan iaitu Sultan Mansur supaya menyerahkan Mat Kilau hidup atau mati kepadanya.
*Kata Mat Kilau “ Saya pura-pura mati dan kamu boleh membawa ‘mayat’ saya dan menyerahkannya kepada Sultan Kelantan.Sultan boleh memaklumkan kepada Raja Siam yang saya telah meninggal dunia ketika bertempur!”
*Kata Mat Kilau lagi : “ Itu mudah saja,kerana saya boleh buat ramuan untuk diminum, selepas meminumnya saya akan pengsan selama dua hari.keadaan saya bagaikan orang mati.kamu boleh bawa mayat saya kepada sultan tetapi ada syarat dan jaminannya”
“Syaratnya, mayat saya mesti dibungkus dengan kain kuning, orang ramai boleh melihat dari jauh sahaja.Apabila sampai di tanah perkuburan,mayat saya boleh digantikan dengan batang pisang” kata Mat Kilau kepada Haji Abdullah serban hijau yang ditugaskan untuk menangkapnya tetapi bertukar menjadi sahabat seperjuangannya selepas menyaksikan Mat Kilau boleh ghaib didepan matanya sendiri !
“Jaminannya, ayah saya Tok Gajah dan Datuk Bahaman mesti berada disisi mayat saya hingga dibawa ke tanah perkuburan, anak-anak murid saya juga dibenarkan mengiringinya, itu sebagai jaminan saya tidak dikhianati”
Lalu Mat Kilau meminum ramuannya, dan pengsan lalu dianggap mati , diusung ke anjung istana negeri Kelantan disaksikan orang ramai. Sultan mansur pun menghantar utusan ke Siam dengan menyatakan mayat Mat Kilau sudah ada dan terbunuh ketika bertempur.Raja Siam pun percaya lalu memaklumkan kepada Inggeris.Sewaktu hendak menanamkan ‘mayat’ itu, tubuh Mat kilau dilarikan oleh anak-anak muridnya lalu mereka menggantikannya dengan batang pisang!
Namun rahsia itu terbocor oleh salah seorang muridnya menyebabkan Raja Siam dan Inggeris sangat marah.Pada mulanya siam mahu menyerang kelantan tetapi bila mendapat tahu Mat Kilau dan pengikutnya sanggup berjuang mempertahankan Kelantan Siam mulai kecut perut dan tidak jadi menyerang Kelantan. Demi menjaga keamanan negeri kelantan , Mat Kilau pun berpindah ke Kg Pasir Nering
Semasa di Kg Pasir Nering, Mat Kilau diserang Inggeris, satu peluru hinggap dibadannya ketika itu mengoyakkan kulit belikatnya tetapi tidak mampu menembusi daging dan tulangnya! Rupa-rupanya salah seorang anak muridnya belot dan membocorkan rahsia kepada Inggeris bahawa tubuh Mat Kilau hanya lut dengan peluru emas sahaja! Rupa-rupanya benar , selepas diperiksa peluru itu diperbuat dari emas tulen!!! Bayangkan berapa butir peluru yang dibuat oleh inggeris dengan menggunakan hasil bumi Pahang iaitu emas semata-mata ingin membunuh pahlawan tanah air Pahang!!! Betapa jahatnya mereka!
Mat Kilau dalam pelarian dan mendapat perlindungan Tok Ku Paloh di Terengganu , sempat pula berguru dengan wali Allah dan Khalifah Tareqat Naqsyabandiah yang bergelar Qutubul Zaman itu! Tokku Paloh menukar nama ayahnya Tok Gajah kepada Tok Fakir Lebai Salam dan Mat kilau di sebut nama asalnya iaitu Muhammad!
Sekali lagi Mat kilau pura-pura mati pada tahun 1895, untuk mengaburi mata siam dan inggeris, lalu mayatnya dikuburkan di Kampung Dalam Limau, Bunut Payung Kelantan.Sultan Kelantan menggantikannya dengan batang pisang lalu menyuruh Mat Kilau melarikan diri!
Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua orang tokoh ternama dari kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan.Mat Kilau juga agak mahir dengan ilmu hutan hingga boleh menyusup masuk ke Terengganu mahupun Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu.
Berita tergempar dari akhbar diseluruh Negara pada 1895 menyatakan “Ketua Pendehaka, iaitu Dato’ Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895 manakala The Free Press pula menyatakan bahawa “Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditahan, akibatnya dia telah cedera parah di muka dan di kepalanya. Oleh kerana luka-luka itu sangat parah, maka dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah”.
Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press pada 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat seorang pejuang terbilang ini , akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui orang ramai kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.
Disebabkan Mat Kilau dianggap sebagai ‘penderhaka’ oleh Inggeris, maka terpaksalah beliau mengasingkan diri serta berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang.
Semenjak 1930, Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam. Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada masa itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim supaya memperkenalkan dirinya yang sebenar.
26.12.1969, pada hari Jumaat, selepas Solat Jumaat… Mat Kilau membuat Pengisytiharan dirinya di masjid Kampung Pulau Tawar setelah sekian lama menukar namanya sebagai Mat Siam kerana memegang amanah Almarhum Sultan Abdullah.
*Mat Kilau diusung dan di arak sebagai pejuang selepas Pengisytiharan dirinya!
Seluruh rakyat Malaysia terkejut dan terharu mendengar berita menggemparkan itu . Hati seluruh rakyat Malaysia berdebar-debar menanti keputusan “Ahli Jawatankuasa Menyiasat Mat Kilau” yang dilantik oleh kerajaan negeri Pahang. Akhirnya, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan dan disahkan sebagai Mat Kilau yang sebenar oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd She, Oleh itu maka sahlah Mat Siam itu adalah Mat Kilau anak kepada Imam Rasu atau Tok Gajah , Pendekar Pahang yang terbilang itu!
Akhirnya , pada tanggal 16 ogos 1970, pada usia 123 tahun, Pendekar Sufi terbilang ini telah menghembuskan nafas terakhirnya dan disemadikan di tanah perkuburan Pulau Tawar bersebelahan dengan kubur ibunya Teh Mahada atas wasiat Mat Kilau sendiri sementara ayahnya telah meninggal dunia dalam pelarian dan dikuburkan di kampung Pasir Nering Trengganu.Sempena mengingati pemergiannya menemui Tuhannya lebih kurang 40 tahun yang lalu, setelah berjuang dan berkorban melawan musuh islam iaitu penjajah Inggeris dan Siam, marilah kita sama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada beliau!
Kata-kata semangat Mat Kilau untuk renungan anak bangsa :
“Aku rela mati semasa bertempur dengan penjajah daripada menyerah dan mati di tali gantung mereka !”
Pada pendapat saya , Mat Kilau, Tok Gajah , Datuk Bahaman dan pasukannya mampu berlawan dan boleh menang dengan Inggeris di Pahang, tetapi SEBENARNYA mereka tidak mahu bertempur dengan Bendahara Ahmad dan pasukannya yang terdiri dari orang-orang melayu yang sebangsa dan seagama dengan mereka.Mereka juga tahu Bendahara Ahmad telah dipaksa oleh Inggeris untuk menghapuskan mereka!Mereka rela mengambil keputusan untuk melarikan diri , bukan kerana takut tetapi demi menjaga kepentingan Raja dan Rakyat Pahang agar mereka tidak terkorban secara sia-sia akibat tipu muslihat licik penjajah!
Subscribe to:
Posts (Atom)